cara menciptakan udara bersih
1) Bagaimana keadaan kehidupan tanpa udara yang bersih
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akanterancam.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
1.NILAI BERSIH DARI SUDUT ROHANI
Dari surah an Nahl ayat 114 bermaksud “Makanlah rezeki Allah secara halal dan baik. Bersyukurlah terhadap nikmat Allah seandainya kalian benar-benar menyembah (mematuhi)-Nya.” Insan yang bersyukar ialah insan yang memakan makanan yang halal lagi baik. Makanan yang halal lagi baik ialah makanan yang disediakan secara bersih.
Mengambil makanan yang tidak bersih dari segi sumbernya, tidak bersih dari segi zahir dan zatnya akan menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit zahir (dibincangkan di atas) dan juga penyakit batin atau penyakit rohani. Ini bertepatan dengan penegasan Rasulullah SAW bahawa, “Setiap ‘LAHM’ (mana-mana daging anggota badan manusia) yang membesar kerana memakan ‘al-saht’ (memakan benda haram) maka neraka adalah tempat wajar baginya.”
Oleh itu dari sudut kerohanian sumber makanan untuk diri kita dan ahli keluarga hendaklah bersih dari sudut zahir dan batin. Mengamalkan nilai bersih dalam hal seperti ini akan menenangkan jiwa seseorang. Jiwa yang tenang akan meningkatkan mutu kerja seseorang.
2.NILAI BERSIH DARI SUDUT JASMANI
Amalan menjaga kebersihan badan adalah amalan yang sangat penting. Persekitaran kita dipenuhi oleh berbagai mikroorganisme yang boleh menyebab penyakit. Sekiranya badan kita tidak bersih maka mikroorganisme ini boleh hidup pada badan, menjangkati sistem pemakanan dan pernafasan.
Sekiranya badan tidak bersih akibat malas mandi kulat seperti panau dan kurap serta penyakit gatal boleh menghingapi kita. Keadaan sentiasa hendak bergaru akibat gatal dibahagian kulit mengganggu kelancaran kerja. Untuk menambah keadaan bersih pada fizikal ada bahan yang digunakan untuk membantu. Penggunaan sabun diperlukan bagi membunuh serta menghilangkan aktiviti mikroorganisma yang berbahaya.
Beberapa bakteria dan virus boleh memasuki sistem pencernaan melalui air yang diminum serta makanan. Sekiranya air yang tidak dirawat sebelum digunakan maka ditakuti air itu mengandungi patogen (mikroorganisme yang menyebabkan penyakit). Begitu juga berkaitan dengan makanan. Apa yang hendak dimakan mestilah bebas dari kandungan patogen. Oleh itu makanan hendak dimasak terlebih dahulu. Minuman dan makanan yang tidak bersih dari segi zahirnya berkemungkinan ia mengandungi mikroorganisma patogen yang boleh menyebabkan penyakit. Oleh itu mengamalkan nilai bersih ketika menyedia dan membeli makanan adalah penting untuk mengelakkan kita daripada diserang oleh sakit akibat pengambilan minuman dan makanan.
3.NILAI BERSIH DARI SUDUT EMOSI
Mengamalkan nilai bersih dari sudut emosi boleh dilihat berdasarkan lima domin bagi Kepintaran Emosi seperti dinyatakan Goleman iaitu; Mengetahui emosi sendiri atau kesedaran diri; Mengurus emosi sendiri; Memotivasi diri; Mengenal emosi orang lain atau empati dan Menjaga hubungan atau kemahiran interpersonal. Seseorang yang dapat melaksanakan lima domin yang disebutkan ini boleh dikira sebagai orang yang bertindak secara bersih dari segi emosinya.
Mengetahui emosi sendiri atau mempunyai kesedaran diri adalah orang yang boleh menyedari dan memahami emosi dan pendorong diri sendiri serta kesannya terhadap individu yang lain. Orang ini mempunyai keyakinan yang besar terhadap perasaannya akan berjaya melayari kehidupan dan mempunyai deria rasa yang tepat terhadap keputusannya terutama ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.
4.NILAI BERSIH DARI SUDUT PEMIKIRAN
Otak yang cergas dibadan yang sihat. Otak yang cergas dipandu oleh ihsan akan menjadikan seseorang mengamalkan kaedah berfikir secara bersih ertinya tidak mengamalkan penipuan, tidak memikirkan perkara lucah, tidak berfikir untuk menzalimi orang lain sebaliknya sentiasa berfikiran untuk membantu orang lain dan menjalankan amanah. Salah satu cara mengamalkan nilai bersih dari sudut berfikir ialah dengan bersifat ihsan dan mengamalkan puasa.
Mengambil makanan yang halal dan bersih akan dapat menjadikan badan seseorang itu menjadi sihat. Badan yang sihat mempunyai otak yang sihat. Otak dibahagian serebrum adalah merupakan pusat kepada aktiviti berfikir. Aktiviti berfikir yang dilakukan oleh otak yang sihat akan dapat menghasilkan pemikiran yang sihat atau baik. Orang yang berfikir secara sihat atau baik disebut sebagai orang yang mengamalkan cara berfikir yang bersih.
Orang yang berfikir secara bersih atau baik tidak akan menyusahkan orang lain. Dia akan menjaga kebaikan dirinya sebagaimana dia menjaga kebaikan diri orang lain. Oleh itu dia tidak sanggup menyusahkan orang lain sebagaimana dia tidak mahu menyusahkan dirinya sendiri. Maka tidak timbullah penipuan, penganayaan dan kezaliman terhadap orang lain.
Mengamalkan berfikir secara bersih juga bererti tidak bercakap perkara yang diluar norma masyarakat seperti bertutur secara lucah, mengumpat keji orang lain dan menghina serta mengnista orang lain. Saya hendak menjadi orang mukmin yang orang lain selamat dari lidah saya atau tutur kata saya.